Balik2 dari rumah anak bujang aku ni dengan muka sedihnya..

Adoi.. budak mana la yang buat ni.. takde kerja lain ke? Minggu tu minggu exam.. anak aku kata masa tu dia tgh menjawab soalan exam tetiba ada budak ni sudah sodok gunting terus gunting jambulnya.. Apa punya kerja la bebudak skrg ni..?

Ni bukan first time kes buli ni kena kat anak aku.. Mcm sebelum2 ni yg biasanya kes kena pow la.. abes duit belanja dia kena sapu.. kalau setakat tolak2 tu biasa dah.. selalu la dia balik sekolah je nangis.. Dah tu nak buat camne, badannya pun kecik je.. nak melawan pun sure kalah la tu..

Aku bukan apa, budak2 biasa la main2, pastu gaduh2.. tapi jangan la sampai tahap yg membahayakan pulak.. ni sampai main2 gunting ni, kat kepala plak tu… camne kalau terkena mata ke, muka ke… ish ish ish.. semoga Allah sentiasa melindungi anak2 aku dari perkara2 yg buruk..