Dah lebih 20 tahun tak menjejakkan kaki ke Muzium Negara.. Tapi tadi akhirnya sampai juga nak bawak Izzaty & Hilmi.. Nampaknya Izzaty berminat juga dan ajak datang lagi sebab tadi round2 tak puas.. byk yg tak sempat nak baca & nak terangkan.. Lambat punya pasal la tu.. Muzium tu tutup 6.00pm.. sampainya 4.00pm.. mana tak terkocoh2nya kan..

Btw, sekarang ni sedang berlangsung 2 pameran selain dari artifak2 yg biasa kat muzium tu..
- Pameran Magis Belantara Herba Orang Asli ~ 14 Nov 2009 – 31 Dec 2009
- Pameran Keindahan Koleksi Islam ~ 18 Dec 2009 – 14 Feb 2010
Untuk maklumat lanjut sila ke laman web berikut www.muziumnegara.gov.my
Sekian…
Nurqamarina Auni disahkan meninggal dunia pada 18 September 2009.. sebenarnya ada tempoh lagi sebulan sebelum Auni dijangka lahir.. tapi 2 hari sebelum 1 Syawal, Auni telah dijemput pulang ke rahmatullah.. cuma keesokan harinya baru Auni berjaya dilahirkan.. lalu terus dibawa pulang ke kampung untuk urusan perkebumian.. malam menjelang Syawal Auni selamat dikebumikan.. disebelah datuknya.. juga meninggal di bulan Ramadhan, 2 tahun yang lalu..

Hari ni baru selesai urusan pemasangan rehal utk pusara Auni.. tanah perkuburan di kampung berhampiran sawah, jenis tanah liat yg selalunya dinaiki air bila musim hujan.. jadi kebanyakan kubur di situ dipasangkan rehal.. supaya keadaan kubur & nesan lebih elok letaknya..

Semoga kita bertemu kembali di akhirat nanti.. nantikan abah, mama, kakak & abang.. insyaallah..
Sebenornya aku cari satu gambar ni.. nak main2 edit sebab 2-3 hari lepas ada tgk satu tutorial pasal edit mengedit ni lah… tetiba terjumpa plak gambor binatang ni… rasanya tak pernah upload yg ni.. Btw, cubaan mengedit tu tak dilakukan kat gambar ni… nanti2 lah ek..
