October 2009
Monthly Archive
Sat 31 Oct 2009
Ada company gathering hari ni.. makan2 lepas Hari Raya Aidilfitri & Deepavali… dua2 dah lepas daaa… Lantak la janji makan.. hahaha…
Ok gak luck hari ni.. dapat henpon LG.. I like…! hehehe… nipis jek.. Tapi melopeh la grand pricenya LCD tv tah berapa inci tah tu..
Gambar yg realnya dah diupload hari ni (16 Nov 2009).. hehe..

Wed 28 Oct 2009
Balik2 dari rumah anak bujang aku ni dengan muka sedihnya..

Adoi.. budak mana la yang buat ni.. takde kerja lain ke? Minggu tu minggu exam.. anak aku kata masa tu dia tgh menjawab soalan exam tetiba ada budak ni sudah sodok gunting terus gunting jambulnya.. Apa punya kerja la bebudak skrg ni..?
Ni bukan first time kes buli ni kena kat anak aku.. Mcm sebelum2 ni yg biasanya kes kena pow la.. abes duit belanja dia kena sapu.. kalau setakat tolak2 tu biasa dah.. selalu la dia balik sekolah je nangis.. Dah tu nak buat camne, badannya pun kecik je.. nak melawan pun sure kalah la tu..
Aku bukan apa, budak2 biasa la main2, pastu gaduh2.. tapi jangan la sampai tahap yg membahayakan pulak.. ni sampai main2 gunting ni, kat kepala plak tu… camne kalau terkena mata ke, muka ke… ish ish ish.. semoga Allah sentiasa melindungi anak2 aku dari perkara2 yg buruk..
Sat 24 Oct 2009
Posted by [dbins] under
Motorsports[2] Comments
Hari ke-2.. pagi ada free practice lagi.. petang pulak qualifying.. semalam kat Tower 15.. hari ni masuk track le pulak.. mula2 terus gerak ke Turn 4.. pastu ke Turn 3, Turn 2 and last sekali Turn 1.. Salah strategy daaa… terbalik.. derang selalu wheelie bila dah nak abesss.. maka melepas le aku..

Kelihatan di atas ialah Andrea Dovizioso dari team Repsol Honda.. belakangnya motor hitam tu pulak Marco Melandri dari team Hayate Racing..

Champion di Sepang tahun ni, Casey Stoner dari team Ducati Marlboro.. Tapi apa2 hal pun championship MotoGP tahun ni dah berjaya digenggam oleh Valentino Rossi walaupun pusingan MotoGP masih berbaki lagi 3 (1 je daaa) pusingan..
Fri 23 Oct 2009
Posted by [dbins] under
MotorsportsNo Comments
Hari ni pi jenguk SIC dgn TT, Bimmer & Alongarts.. Kiciwa sket sebab tak dapat naik keter baru.. kekeke.. Btw, kat SIC hari ni ada sesi free practice utk MotoGP, 250cc & 125cc..

Kelihatan di sini Jorge Lorenzo dari Fiat Yamaha Team tgh amik corner kat turn 15.. Lorenzo sekarang dalam kedudukan ke-2 dlm perebutan championship 2009 ni.. 18 mata di belakang Rossi.. Berbakikan 3 lagi pusingan MotoGP tahun ni, agak2 amacam? Dapat tak dia potong Rossi?
Btw, bawah ni pelumba dari Malaysia yg dpt wildcard kat MotoGP ni utk kelas 125cc.. Elly Idzlianizar Ilias..

Sun 18 Oct 2009

Tahniah Danial & Fati..
Hari ni ikut rombongan Pak Uda aku merisik dan meminang untuk anak bujang no.2nya, Danial… Pagi2 dlm pukul 9 berkumpul dulu kat rumah Pak Uda… sarapan pagi disediakan kekeke.. tapi aku layan minum je sebab dah sarap dulu kat rumah… sambil2 menunggu ahli rombongan semua sampai, aku tembak dulu barang2 hantaran…

Lebihkurang jam 10 baru la semua gerak ke destinasi, Bentong, Pahang… Tak jauh sangat pun Bentong ni, agak2 sejam je dari KL dgn kelajuan biasa (kalau kelajuan Danial, 1/2 jam je kot)… Sampai2 je kat rumah Fati tu pihak sebelah sana dah sedia menunggu dah… Maka bermula la acara merisik dan disusuli terus pertunangan antara Danial & Fati… and keluarga dua2 pihak terus diskas sekali upacara langsungnya nanti yg bakal diadakan tahun depan…

Lepas semua settle, masuk la pulak agenda menjamu selera.. heh heh.. seperti yg dijangka hidangan memang lazat termasuk lah gulai ikan patin dan ulam-ulaman termasuk petai… pastu ada bubur pulut hitam and sesi menjamah durian tembaga… pergh sedap siottt…
Sun 18 Oct 2009
Posted by [dbins] under
Scenery ,
Travel[2] Comments

Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan Malaysia.. kekeke… apa aku nak merepek ni..
2-3 hari lepas dok mengemaskan backpack aku sebab ada member tu kata nak pinjam… so kasi clear la segala benda yg ada kat dalam beg tu… and salah satu barang yg ada dalam beg tu ialah sekeping cd.. dalam tu ada gambar scan hasil tembakan zaman pakai filem dulu2… maybe lebihkurang 5-6 tahun lepas…
Yang mengecewakan hasil scan tu tak pueh hati betoi… the very the low quality lah… buat habihkan duit jek… low reso… color lari… aku scan sendiri lagi cun lah camni… godek punya godek akhirnya jadi la mcm gambar kat atas tu…
Btw, info. lanjut pasal Putrajaya di Wikipedia…
Sat 3 Oct 2009
Posted by [dbins] under
Daily Diary[3] Comments

Hari ni melepaskan gian kejap menembak jet… Mula2 mcm taknak pi sebab hari mendung and ada renyai2 sket… lagipun byk urusan kat rumah ni pagi2 Sabtu… pi fetch tukang urut, pi pasar tani, pi isi minyak, pi sekolah agama…
Agak berbelah bagi la pulak kan… tapi kamera semua dah standby je dah… kekeke… sekali Azrul (geng setaman) call.. dia mmg dah ada kat sana dah… teracun la pulak kan… So, apalagas kasi rempit la ke Subang…
Last aku pi TUDM Subang tu rasanya dlm 2004 masa tu ada airshow gak yg masa tu team dari France.. this time dari US plak.. Disebabkan dekat 5 tahun dah tak ke situ maka sesat la pulak sampai ke Terminal 3 tu.. jalan punya la jem… masa patah balik tu baru sekerat jalan je show dari thunderbirds ni dah pun start… Apalagas berenti je la tepi jalan tu cari tempat… menembak…
So, terimalah sekeping photo ni utk kawan2 yg tak sempat ke sana ye… kekeke…