Namanya…

Sambil2 transfer photos dari kamera tadi nak siapkan utk upload ke FB, bukak tv ada la citer ni.. Tgk cerita dia berlakon tadi tapi tak abes sebab kena keluar pi kedai plak..
Sun 27 Sep 2009
Namanya…

Sambil2 transfer photos dari kamera tadi nak siapkan utk upload ke FB, bukak tv ada la citer ni.. Tgk cerita dia berlakon tadi tapi tak abes sebab kena keluar pi kedai plak..
Mon 21 Sep 2009
Ramai datang hari ni.. Mula2 family Pak Long dari K.Selangor dengan keluarga anak2nya ie Aklah & Dilla… Tak berapa lama lepas tu sedara mara belah abah plak dari KL & Johor i.e. Wan dgn family Andak & Uteh… tahun ni derang beraya kat KL lagi… sebab Wan pun ada kat rumah Andak… jarang2 seramai ni sekali kena serbu kan… meriah la kejap rumah..
Nasib baik la malam tadi Mak, Zatul, Raha & Che Amat sampai bawak ketupat (yg keras berdengkung), rendang & kuih muih… so, cukup le supply utk semua…

Lagi gambar2 di SINI…
Sun 20 Sep 2009
First time beraya di rumah sendiri… atas sebab2 yg tak dapat dielakkan… terpaksa lah… redha… Ingatkan lengang langsung SU ni… tapi tak le jugak… surau penuh je time solat raya tadi…
Mujur la raya kali ni dengan mak mertua & adik2 ipar ada sekali.. so, tak le terasa sunyi sangat… cumanya kalau suasana kat kampung tu tentunya lagi meriah lagi… kat sini jiran2 semua pun dah balik kampung, cuma tinggal 2-3 rumah je yg ada orang… mungkin lepas ni baru derang gerak ke destinasi masing2…
Dah malam tu baru la mak, Zatul, Raha & Che Amat sampai…

Sampai senget2 muka bergambar tgh panas… hehehe…
Fri 18 Sep 2009

Salam semua… pe khabar? Puasa tak hari ni? Heh heh.. Dalam sibuk2 nak menyambut hari raya ni jangan lupa ibadah posa jgn terabai plak… ada 2 hari lagi ni..
1. Yang sibuk2 nak bershopping last minute ni ingat le jangan membazir ye… beli belah tu berpada2 la sket… ikut kemampuan le.. jgn sampai bergolok bergadai nak beli baju raya, kasut raya, kuih raya dan berbagai raya lagi…
2. Yang pulang beraya dikampung halaman memasing terutama memandu kereta dan motosikal tu beringat2 lah di jalan raya… omputih kata amalkan “defensive driving”.. patutnya sebulan berposa ni mengajar kita lebih bersabar dan bertolak ansur di jalan raya.. tak payah la nak tunjuk hebat kat jalan raya tu.. itu bukn trek lumba ye… kereta korang pun bukan kereta lumba… setakat korang tukar sport rims, ekzos atau tampal sticker turbo, tak bermakna korang boleh nak tunjuk terrer kat jalanraya.. ingat, yg pentingnya bukan berapa laju kita boleh drive, tapi berapa laju kita boleh brek, boleh mengelak, boleh buat apa yg sepatutnya bila ada kecemasan… Jangan pulak nanti beraya kat hospital… ish ish mintak dijauhkan le kita semua dari mala petaka ye..
3. Yang nak pulang dgn kenderaan awam plak mcm bas, keretapi, teksi… berhati2 le jugak.. mcm2 kes tipu dan kehilangan barang boleh terjadi dlm sesak2 org berebut nak balik raya ni… Dan hati2 jangan beli tike haram… kang naya je beraya kat stesen bas je.. byk bersabar jangan berebut2 naik bas.. jangan lupa brg2 tu takut ada yang tercicir plak.. ha lagi satu jgn plak lupa beli sekali tiket nak balik semula dari kampung nanti.. ada plak kang yg lewat masuk kerja nanti kan..
4. Yang terpaksa bertugas di hari raya ni, byk2 la bersabar gak ye.. pengorbanan korang amat dihargai.. tanpa korang2 ni habes la lumpuh segala urusan ye tak.. semoga di masa2 akan datang korang plak dapat berpeluang beraya..
5. Yang memang dah sampai kat kampung tu, atau yg dah pun bercuti… kat bandar ni pun, jangan la duduk melepak je tunggu time berbuka… ringan2kan tulang tolong la ahli keluarga yg lain menyiapkan segala persiapan menjelang raya ni.. tolong2 masak ke.. tolong2 kemas rumah ke… apa je lah asal menolong…
Sekian dulu saya mohon maaf zahir & batin pada semua sanak saudara & sahabat handai.. halalkan makan minum, umpat keji dan lain2 yg sedar atau pun tak… Semoga kita semua selamat pulang ke kampung dan kembali semula lepas cuti nanti… Kalau terserempak kat jalan tu kasi hon2 lah ye… kekeke…
Wassalam.
Mon 7 Sep 2009
Dua tahun yang lalu…

Copyright © 2006-2009 AdunanCahaya. All Rights Reserved.