January 2009


Dah lama dah ni plannya nak buat… rumah ni pun dah duduk masuk tahun ke-6 dah… eh ke-7… Rumah aku ni takde bilik store…. so segala benda kasi campak belakang rumah… nasib baik le belakang rumah tu dah pasang awning & bikin dinding 5 kaki… takle nampak serabut sangat dari luar…

Projek ni mula sejak 17 Jan lagi tapi kat kedai hardware tu batang besinya tak cukup, so kena tunggu lagi dia order… Pagi2 17 Jan tu keluar pi kedai hardware nak cari barang2 yg diperlukan utk buat rack tu lah… Nasib baik la tokey tu pun helpful jugak… discuss punya discuss, lukis punya lukis akhirnya tau la apa yg nak dibeli, berapa banyak, mcmana nak buat dan sebagainya…

Batang besi 10′x2.5″ (12 batang), papan plywood 8′x4′ (2 keping)… tape pengukur, pembaris sesiku & pensil…

Antara bahan lain yang diperlukan… bolt & nut (112 pasang), bracket (32 keping), gergaji kayu, gergaji besi (2 bilah spare), pengasah gergaji…

Wokeh barang sudah ada… masa untuk memotong… masa discuss dgn tokey hardware tadi dah decide lebarnya 2 kaki, panjang 8 kaki, tinggi 5 kaki, 4 tingkat… memang ruang tu muat max 8 kaki pun… batang besi tu panjangnya 10 kaki, so potongan ngam2 8 kaki dan baki 2 kaki… tinggi pulak 5 kaki, so 3 batang besi dipotong 2 utk dapatkan 6 tiang… papan plywood pulak lebar 4 kaki and panjang 8 kaki, so just potong 2 dah ngam2 muat jadi 4 keping 8′x2′…

Batang besi yg dah dipotong… ada 6 batang tiang, 8 batang palang 8′ and 12 batang palang 2′…

Papan plywood pun dah dipotong… ni senang je just potong 2… jadi 4 keping papan 8′x2′…

Btw, kalau ada benda2 yang aku sebut kat sini salah namanya tu, tolong le betul kan ye… aku main hantam je…

Wokeh! Masa untuk memasang… nantikan kemunculan episode ke-2 nanti… kekeke…

Malam minggu menembak di AJL23 ni dengan kekawan yg biasa2 tu lah… Aku pun mcm Jinggo dah kot, takde feel dah la shoot benda2 camni… kena tukar strategi kot… tukar style ke hapa ke… ntah la… janji tukar… hahahaha…

Gambar lagi? Nanti2lah… bz ni…

Err… petang ke malam ek? Petang membawak ke malam…kekeke… Tengahari tu lepas selesai urusan pendaftaran adik aku kat Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Larkin… terus pi check-in dulu kat Seri Malaysia… ambik 2 bilik… jenis Family Room, ada 1 katil queen size and 1 single… RM140 sebilik… boleh tahan gak ratenya skrg ye… kalau dulu2 bwh RM100 je… dah settle urusan check-in tu terus terbaring atas katil… letih wor…

Lepas Asar tu baru la bersiap2 nak keluar… pusing punya pusing akhirnya sampai la ke Danga Bay… Sepupu aku kata kalau malam cantik pemandangannya kat Danga Bay ni sebab byk lampu… Kat Danga Bay ni memang ada taman permainan ala2 fun fair gitu… tapi nampaknya hari Isnin tak ramai pengunjung… mungkin weekend baru ramai orang kat situ kot…

Kata orang, tak cukup syarat la kalau dah sampai ke Kota Tinggi tu tapi tak pegi ke air terjun nya… so hari ni beramai2 membasahkan diri kat air terjun Kota Tinggi…

Dah lain dah sket tempat tu…  ada tempat gelongsor ala2 Sunway Lagoon… and ikut kata Mak Uteh aku, batu2 kat air terjun tu pun derang susun balik… Tapi aku rasa mcm sempit plak kawasan tu… and hari tu aku cuma layan kat area bawah je… malas nak memanjat…

Hari ni menjejakkan kaki semula ke Kota Tinggi… last aku sampai sini tahun 2004 bawak parents aku jalan2 ke rumah Uteh… Sambil2 tu abah (arwah) aku mengimbau nostalgia bila dia mula2 mengajar kat Kulai dulu… masa lalu kat Kulai tu katanya sekolah tempat dia mula2 mengajar dulu dah takde dah pun…

Kali ni pun ke Johor ni sebab nak menghantar adik aku ke Institut Perguruan Temenggong Ibrahim kat Johor Bahru utk program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)…  yang sorang ni memang mengikut jejak langkah abah yg minat nak jadi cikgu… berbaloi la menanam anggur setahun lebih akhirnya dapat jugak peluang ni… heh heh…

Perjalanan bermula dari rumah aku jam 12.00pm dgn mak… aku memang biasa kalau nak jalan jauh2 ni biar lambat2 sket… slow2 la bersiap… biar takde apa yang tertinggal… drive pun relax…sampai rumah adik aku yg 2nd, semua dah naik kematu menunggu aku & mak… hahahaha… dalam jam 1.00pm terus gerak ke Johor, 2 kereta, 7 dewasa & 4 kanak2…

Gedebuk gedebak singgah makan kat R&R Seremban, pastu kat mana ye singgah men’toilet’kan diri… akhirnya sampai di Kota Tinggi lebihkurang jam 7.00pm… Mak Uteh dah sedia menunggu dengan minuman petang & keropok… dah sejuk dah pun sebab we all sampai lewat…

Abes…? Apa kena mengena gambor notebook atas tu dgn kisah ni.??? Kekeke… well… itu le notebook dibelikan utk adik aku ni… utk kegunaan dia nantilah… kakak dia belikan, aku orderkan aje… hehehe… Sebelum ni, masa kat uni pakai desktop… kali ni jauh kan… leceh nak angkut2… and mmg lagi senang pun kalau pakai notebook…

Esok, ke air terjun Kota Tinggi pulak… hehe…

Macam menarik… ntah ada stock lagi ke tak… Satu Malaya ni nak berebut berberapa unit je tu yg available kan… adusss… Cuba la offer 1 juta unit ke kan… baru la meriah… hahaha…

Updates : Dapat email dari Machines memaklumkan stock promo ni dah abes…

Awalnya plan dengan Krie nak tembak bunga api kat Dataran Merdeka… Tapi akhirnya malam tu aku menembak solo je kat situ…

Sorry nak keluar jap… nanti aku sambung ceritanya lagi ye…

Okeh sambung balik… Kisahnya malam tu Krie tak dapat nak sampai ke Dataran Merdeka tu sebab banyak jalan tutup… Aku yang dari Sg.Buloh ni selamba je parking kat Dayabumi lagi… dia yg kat Sentul plak sangkut ye… boleh caya ke???

Tapi memang betul la byk jalan malam tu yang menghala ke Dataran Merdeka tutup…  tapi pepandai la kan carik jalan… Tapi yang aku paling hangin sekali malam tu ada ka JPJ pi buat roadblock kat toll Jalan Duta tu… gila ke hapa mlm org berpusu2 masuk KL tu dia pi buat roadblock kat situ… Bila balik rumah je malam tadi rupa2nya JPJ buat operasi seat belt… bengong!

Ok ok sambung kisah menembak bunga api… disebabkan Krie tak dpt datang maka aku sesorang je la… Sebelum tu Jinggo ada gak call.. and dia kata dia pun nembak kat situ tapi aku tak jumpa la pulak… aku rasa dia ada kat area tgh2 tu shoot concert and tunggu kedatangan VIP… maklumlah skrg dia byk shoot hal2 politik je… so takpelah… aku plan nak tembak bunga api je… lain2 takmo…

Call Krie, tanya apa setting mau pakai… ok lah start dari ISO100, F22 & 30sec… pastu ubah2 la ikut kesesuaian… Mula2 aku ingat bunga api akan keluar kat atas padang rupa2nya lari sket ke atas bangunan Sultan Abdul Samad tu… lens pulak tak cukup wide, tak dapat la cover building tu penuh… So, hasilnya macam kat atas tu lah…

Copyright © 2006-2009 AdunanCahaya. All Rights Reserved.