Acara menembak program One In A Million pusingan Top 10 malam tadi yang disiarkan secara live di 8TV… Tajuknya “My Hero”… Derang ni menyampaikan lagu ikut penyanyi idola masing2…

Setakat ni nampak mcm musim ke-2 ni belum dapat lagi menyaingi OIAM musim pertama dulu… para peserta gagal menonjolkan keistimewaan masing2… kalau mcm musim pertama dulu, masing2 ada cara tersendiri menyampaikan lagu…
Macam Siti Sarah pulak, dia nyanyi tu kira ok lah kan… power la jugak cuma bab pakaian tu agak ‘fail’ sket la… Cuba2 lah ubah sikit biar nampak ada ‘class’ sket… Adusss…
Ooo ada lagi satu yg tak pueh hatinya pasal susun atur dalam studio… Tahun ni para juri ie Paul Moss & Syafinaz diletakkan searas dgn stage dan berapa lebih depan dari penonton… penonton yang dibahagian depan pulak duduk lebih rendah dan rasanya dgn design stage yang panjang mcm tu tentu tak nampak sangat tambah2 pulak view kena blok dgn dua org juri tu…
Kalau tahun lepas, penonton2 barisan depan ni semuanya berdiri dan suasana memang lebih meriah lagi berbanding tahun ni… semua kena duduk… ala mcm tgk wayang plak…
Untuk berita lanjut pasal OIAM – Top10 ni boleh le baca kat SINI…

Fuhh… ni la uncle Vella yang bertuah ni… umur dah 71 tapi nampak still kuat… travel sana sini… pagi ni dia baru je balik dari India… mungkin melawat sedara mara kot… and plan nak lawat anak pompuan dia kat Cheras…
Time dia lepas je dari gate kat KL Sentral tu terus melotup bunyi airhorn dgn berterbangannya confetti, dia terus diumumkan penumpang ERL yang ke-20juta… Uncle Vella yg masih terpinga2 tu terus dibawak naik ke pentas and dapat le hadiah flight ticket ke Dubai… buku cenderahati… and tiket free dari ERL…
Kalau nak tau kisah lanjut cuba check link bawah ni ;
ERL 20Millionth Passenger
Online that is… Adoi last weekend menghabiskan masa nak memahamkan pasal online gallery ni… tgk mana yang sesuai… mana yang senang… mana yang cun… Lepas setengah hari dok belek sana… belek sini… last2 nak try pakai Pixelpost dulu… nampak cam senang and boleh tahan flexible… boleh ubah2 template/theme… mcm WordPress gak… lagipun PixelPost ni mmg ala2 photoblog punya engine…
Mula2 tu dah shortlisted 3 jenis engine utk gallery aku ni… SimpleViewer… PixelPost… and apa ek lagi satu… err… ntah… Gallery2 kot… tapi aku baca pasal SimpleViewer dgn PixelPost je… Sebenornya antara 2 ni aku suka lagi style SimpleViewer… tapi baca punya baca, mcm susah gila je nak pakai… lagipun dia punya control panel kena bayar plak… cara2 lain nak manage gallery kena cara manual… adusss… aku mana reti sangat bahasa2 web ni kan… So tu le aku pilih nak try PixelPost dulu… dia ada control panel utk admin… so senang nak manage gallery dari situ…
Okeh… cuba check gallery ni tgk amacam…? Setakat ni belum lagi diletak link ni dlm website sebab dlm testing stage lagi… –> AdunanCahaya Gallery

…to be continued.