Event


Ada company gathering hari ni.. makan2 lepas Hari Raya Aidilfitri & Deepavali… dua2 dah lepas daaa… Lantak la janji makan.. hahaha…

Ok gak luck hari ni.. dapat henpon LG.. I like…! hehehe… nipis jek.. Tapi melopeh la grand pricenya LCD tv tah berapa inci tah tu..

Gambar yg realnya dah diupload hari ni (16 Nov 2009).. hehe..


Mamat ni terkeluar jugak akhirnya… So, tinggal 3 orang je lagi yg bakal ke finale… Tomok, Esther & Aweera…

Coklat pulak gambar aku kali ni… hmmm…

Zulqarnain Jaafar a.k.a Nine…

Menembak di OIAM… dah lama dah tak nembak kat OIAM ni… OIAM 2009 ni first time le ni… dah masuk round ke berapa dah…

Lagi photo di sini

Hari Sabtu tu lepas habis shoot wedding Roslan & Roslee terus aku gerak ke Putrajaya… kununnya nak shoot belon kat “1st Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2009″…

Aku sampai tu ngam2lah tak lama lepas tu baru derang kasi naik belon2 tu… Tapi tak best sangat la sebab dia isi angin & naikkan satu persatu… Kalau serentak atau jarak masanya tu dekat2 baru le best kan nampak sekali banyak kat langit… Pastu pulak bukan main laju lagi dia bergerak… kejap je dah sayuppp…

Hari Sabtu ni ada extra sket… ada show waktu malam… Night glow dia panggil… tapi tak terbang…iye2 je aku ingat malam2 pun dia terbang… baru la cun siot nampak kat langit…

Silap… tak bawak tripod… terjumpa Jaggat kena aku… pehal tak bawak tripod ni…? kekekeke… So, setengah saat je yg aku boleh tahan tangan…  kamera letak atas pagar nak bagi stable sket… tu yang api tu terang sangat la pulakkk…

Malam minggu menembak di AJL23 ni dengan kekawan yg biasa2 tu lah… Aku pun mcm Jinggo dah kot, takde feel dah la shoot benda2 camni… kena tukar strategi kot… tukar style ke hapa ke… ntah la… janji tukar… hahahaha…

Gambar lagi? Nanti2lah… bz ni…

Awalnya plan dengan Krie nak tembak bunga api kat Dataran Merdeka… Tapi akhirnya malam tu aku menembak solo je kat situ…

Sorry nak keluar jap… nanti aku sambung ceritanya lagi ye…

Okeh sambung balik… Kisahnya malam tu Krie tak dapat nak sampai ke Dataran Merdeka tu sebab banyak jalan tutup… Aku yang dari Sg.Buloh ni selamba je parking kat Dayabumi lagi… dia yg kat Sentul plak sangkut ye… boleh caya ke???

Tapi memang betul la byk jalan malam tu yang menghala ke Dataran Merdeka tutup…  tapi pepandai la kan carik jalan… Tapi yang aku paling hangin sekali malam tu ada ka JPJ pi buat roadblock kat toll Jalan Duta tu… gila ke hapa mlm org berpusu2 masuk KL tu dia pi buat roadblock kat situ… Bila balik rumah je malam tadi rupa2nya JPJ buat operasi seat belt… bengong!

Ok ok sambung kisah menembak bunga api… disebabkan Krie tak dpt datang maka aku sesorang je la… Sebelum tu Jinggo ada gak call.. and dia kata dia pun nembak kat situ tapi aku tak jumpa la pulak… aku rasa dia ada kat area tgh2 tu shoot concert and tunggu kedatangan VIP… maklumlah skrg dia byk shoot hal2 politik je… so takpelah… aku plan nak tembak bunga api je… lain2 takmo…

Call Krie, tanya apa setting mau pakai… ok lah start dari ISO100, F22 & 30sec… pastu ubah2 la ikut kesesuaian… Mula2 aku ingat bunga api akan keluar kat atas padang rupa2nya lari sket ke atas bangunan Sultan Abdul Samad tu… lens pulak tak cukup wide, tak dapat la cover building tu penuh… So, hasilnya macam kat atas tu lah…

Tadi meluangkan masa menembak pusingan separuh akhir Muzik-muzik untuk kategori Poprock…

Elyana yg layak ke Anugerah Juara Lagu membawakan lagu Kalis Rindu ciptaan Aidit Alfian dan lirik oleh Ad Samad

Empat lagi lagu yg berjaya ke Anugerah Juara Lagu dari kategori Poprock adalah Aku Stacy (Stacy), Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein), Yang Pernah (Estranged) dan Bukan Di Sini (Sofaz)

Lagu2 yang terkecewa adalah Mila Bila Cinta (Mila), Cinta Si Rama-Rama (Hattan), Aku Lebih Tahu (Mila), Bukti (Fiq), Separuh Masa (The Lima), Rimas (The Fabulous Cats) & Mabuk (Spider)…

Senarai lagu yang layak ke pusingan separuh akhir Muzik-muzik di sini… dan lagi photo di sini

Hari ni pi majlis convo Mamat… adik bongsu aku… kat UiTM Shah Alam… Hari ni hari terakhir majlis konvokesyen versi ke-69 ni… Cuma ber-3 je pi Shah Alam hari ni… Mamat, mak & aku… Dah majlisnya pun hari kerja kan… Aku pun amik cuti le… nak cover balik kesilapan masa convo diploma dia dulu… kesnya tah macamana semua gambar yg aku shoot masa tu hilang… ghaib dari CF card aku… So hari ni aku make sure gambar ada… and sampai rumah pun Mamat remind utk transfer file ke pc cargasss…

Pagi tu sampai agak lewat gak la… beratur punya panjang… last2 aku & mak dapat masuk ke ‘annexe room’ je… dalam tu cuma ada screen besar ala2 tengok wayang lah… hek eehhh… takkan camni je kot… aku pun apalagas kasi tau TJ kot dia leh kasi adjust tempat… sib baik ada ‘orang dalam’… kekeke…

Begitulah kisahnya malam minggu yg baru lepas ni… best wooo… ada bbq ayam… bbq lembu… bbq kambing… aku belasah tak hengat punya… perghhh… slurrrpppps…

Macam ni la tiap2 tahun kat jalan rumah aku ni… kita pakat2 buat majlis beramas mesra… selalunya musim raya… tapi selalu gak terlajak mcm tahun ni lah… Jalan rumah aku ni tak panjang sangat… ada la dalam 30 buah rumah je… so apa2 program senang nak organise… Tahun ni pun kejiranan ni dapat 2 jiran baru… tapi sorang jiran (dia selalu sponsor ayam panggang) plak dah pindah di kawasan berdekatan gak sebab dia dah beli rumah kat situ… sebelum ni menyewa je…

Masa mula2 kita duduk kat jalan ni dulu kununnya kita gilir2 organise majlis macam ni dari rumah satu jiran ke jiran yang lain… tapi sejak dua tahun ni kita buat kat tgh2 jalan… pasang khemah…. and ada la aktiviti2 masa tu mcm ucapa, tukar hadiah, letupan bunga api (kuang3) etc… kalau mcm tahun lepas lagi meriah sebab ada games utk kanak2… tapi tahun ni org kuat games tak dapat turut serta plak… ada jugak la 2-3 family lain tak dapat nak join sebab mungkin ada hal2 lain yang tak dapat nak dielakkan…

Semoga kejiranan aku ni terus sepakat dan hidup aman damai… Amin… Apa2 hal pun BBQ malam tu memang best…! Hehehehe… Sampai naik la BP aku… sebelum 150/100… selepas 167/104… waduh waduh…

Ya… kat situlah aku memetik kameraku malam tadi… First time ni menembak di Anugerah Skrin 2008 ni… Saja nak merasa… Tapi tu lah… bak kata Jinggo, rasa mcm dah tadak ‘feel’ dah shoot event2 camni… tapi dalam tadak2 ‘feel’ tu pun full gak la 4Gb SD card aku… ngam2 700 shots… Jinggo lagi la lebih 1,200 shots… heh…

Anugerah Skrin 2008 - Siti Nurhaliza

Apa2 pun, berikut adalah keputusannya…

Rancangan Bual Bicara Terbaik – Macam-macam Aznil
Lakon Layar Terbaik – Mira Mustafa & Ara (Sepi)
Lakon Tv Terbaik – Anuar Idris (Wasiat Fitrah)
Drama Komedi Terbaik – Mr. Mama
Rancangan Realiti Terbaik – So You Think You Can Dance
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Normah Damanhuri (Tuhan Pun Tahu)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Que Haidar (Tuhan Pun Tahu)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Nasha Aziz (Sepi)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Zaefrul (1957 : Hati Malaya)
Rancangan Hiburan Terbaik – Project Superstar Season 2
Rancangan Dokumentari Majalah Terbaik – Majalah 3 (Seniman)
Rancangan Laporan Khas Berita Terbaik – Buletin Utama (Orang Asli Terancam)
Rancangan Muzik Terbaik – Anugerah Juara Lagu 2008
Drama Rantaian Terbaik – Bicara Aur Dengan Tebing
Pelakon Wanita Terbaik Drama – Fauziah Ahmad Daud (Suara Saleha)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Zamarul Hisham (Ihsan)
Pelakon Wanita Terbaik Filem – Baizura Kahar (Sepi)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Rosyam Nor (Kala Malam Bulan Mengambang)
Anugerah Khas Juri – Yasmin Ahmad
Pengarah Terbaik Filem – Mamat Khalid (Kala Malam Bulan Mengambang)
Pengarah Terbaik Drama – Murali Abdullah (Suara Saleha)
Filem Terbaik – Kala Malam Bulan Mengambang
Drama Terbaik – Suara Saleha

Sekian…

Next Page »

Copyright © 2006-2009 AdunanCahaya. All Rights Reserved.