Daily Diary


utk wedding Cik Farah & Fuad (F&F) dah dapat..

Ahli2 rombongan sekelian.. bersiap sedia kita terjah Kota Tinggi nanti.. kekeke..

Akhirnya selepas 3 generasi dilangkau, aku sambaq gak G11 sebijik tadi.. kui kui kui..

Cerita lanjut bakal menyusul kemudian ye.. kekeke..

Dah lebih 20 tahun tak menjejakkan kaki ke Muzium Negara.. Tapi tadi akhirnya sampai juga nak bawak Izzaty & Hilmi.. Nampaknya Izzaty berminat juga dan ajak datang lagi sebab tadi round2 tak puas.. byk yg tak sempat nak baca & nak terangkan.. Lambat punya pasal la tu.. Muzium tu tutup 6.00pm.. sampainya 4.00pm.. mana tak terkocoh2nya kan..

Btw, sekarang ni sedang berlangsung 2 pameran selain dari artifak2 yg biasa kat muzium tu..

  1. Pameran Magis Belantara Herba Orang Asli ~ 14 Nov 2009 – 31 Dec 2009
  2. Pameran Keindahan Koleksi Islam ~ 18 Dec 2009 – 14 Feb 2010

Untuk maklumat lanjut sila ke laman web berikut www.muziumnegara.gov.my

Sekian…

Last done was in August.. and before that was in May.. Hmm lebihkurang every 3 months nampaknya trend tahun ni… Alhamdulillah Hilmi takde kena demam ke apa2 yg teruk tahun ni tu yg tahan lama sket tu… kalau ada demam ke.. batuk ke.. selsema ke.. cepat sket turun Hb levelnya..

Nurse tu remind 05 Dec 2009 ada AGM THASUH kat UMMC.. pastu 16 Dec 2009 plak ada THASUH Away Day ke Genting Highland.. Hari tu baru je buat Open House kat Istana Hotel.. Aktif gak THASUH ni..  Banyak aktivitinya utk dapatkan bantuan/sponsorship utk pesakit thalassemia and juga mcm2  aktiviti sosial utk  pesakit2 ni… ye la asyik ke hospital je kena cucuk tiap2 bulan kan..

Sambil tu nurse ni nama org panggil Kak Yati, jemput ke kenduri kawen anaknya bulan Dec ni gak… baik nurse ni.. apa2 aktiviti selalu dia yg inform..

Final exam anak2 aku dah lepas.. minggu lepas dah dapat result dah.. Fuhhh.. gumbira masing2.. Izzaty dapat no.2, Hilmi dapat no.1.. Mula la masing2 claim hadiah..

Sebelum keluar result tu Izzaty dah setkan target dia.. kalau score 5 subject A, dia nak hadiah.. yg dah lama diidam2kannya.. apalagi budak2 zaman sekarang ni nak handphone le.. sekali tgk dia dapat 6A.. alhamdulillah.. and dapat plak no.2 dalam kelas dia..

Hilmi plak dah lama mintak PS2.. tapi aku kata masa birthday boleh dapat, dengan syarat dapat no. bwh 10 masa exam.. tup tup dia balun dpt no.1 terus.. perghhh betul2 nak PS2 ni.. heh heh.. alhamdulillah..

So, hari Khamis tu lepas balik dari UMMC, singgah kejap kat Sg.Buloh nak check handphone aku yg rosak tu tak siap2 direpair lagi.. hampeh toi.. Sambil tu survey2 le sekali la handphone utk Izzaty.. survey punya survey akhirnya sambaq la Sony Ericsson W350 since yg tu mmg ada function main2 lagu… yg jenis mcm tu dia nak.. mula2 dia kata nak Nokia Xpress t api tah macam mana yg SE tu cute plak kot.. Tapi harga pun murah lagi dari Nokia tu.. ok la kan RM350..

Untuk Hilmi plak, lepas kerja hari Jumaat tu aku pi Sg.Wang kot situ dpt harga yg menarik utk PS2 sebab tahun lepas aku pernah survey situ dia bagi console, memory, 2 controller dgn 10 games.. dgn harga RM390 ke RM490 ek?? lupa dahhh.. Tapi last2 aku pi Lowyat sebab situ pun banyak gak kedai jual console games ni.. Lepas contact member aku ni si Musz, dia bab2 tech gadget ni mcm2 dia tau (rupanya dia pakai PSP).. tapi dpt gak la info.. kat Lowyat tu harga range dalam RM450-RM500 dgn sedikit perbezaan dlm pakej masing2.. Akhirnya aku sambaq kat satu kedai ni harga basic dia Rm430 jek.. dgn 2 ori controller tambah RM40 dan beg RM30.. so jadi la RM500.. pastu dah ada kat situ aku sambaq sekali 1 notebook hardisk (utk Toughbook aku) and 1 wireless modem.. Total damage dekat2 RM900..

Sebenornya time aku menyopping kat Lowyat tu, Hilmi dah ajak mamanya pi JJ malam tu gak sebab nak beli B-Daman.. dah lama dia target tu sampai kan ada masa tu dia kata cancel la nak PS2, nak tukar dgn B-Daman tu je untuk birthday dia.. Sekali dia nak dua2 la pulak.. B-Daman utk hadiah exam, PS2 utk birthday.. bijak.. bijak.. So, Sabtu plak meronda JJ nak cari B-Daman dia.. 2 JJ aku pi sebab tak jumpa model yg dia nak.. mula2 pi Kepong dah abes plak pastu pi One Utama.. kat situ pun takde tapi dia amik gak 1 model ni.. tah hapa nama tah dia je yg tau..

Atas permintaan Cik Pesona, aku dah shoot dah gambar brg2 ni malam tadi, nanti la upload ek..

Ada company gathering hari ni.. makan2 lepas Hari Raya Aidilfitri & Deepavali… dua2 dah lepas daaa… Lantak la janji makan.. hahaha…

Ok gak luck hari ni.. dapat henpon LG.. I like…! hehehe… nipis jek.. Tapi melopeh la grand pricenya LCD tv tah berapa inci tah tu..

Gambar yg realnya dah diupload hari ni (16 Nov 2009).. hehe..


Balik2 dari rumah anak bujang aku ni dengan muka sedihnya..

Adoi.. budak mana la yang buat ni.. takde kerja lain ke? Minggu tu minggu exam.. anak aku kata masa tu dia tgh menjawab soalan exam tetiba ada budak ni sudah sodok gunting terus gunting jambulnya.. Apa punya kerja la bebudak skrg ni..?

Ni bukan first time kes buli ni kena kat anak aku.. Mcm sebelum2 ni yg biasanya kes kena pow la.. abes duit belanja dia kena sapu.. kalau setakat tolak2 tu biasa dah.. selalu la dia balik sekolah je nangis.. Dah tu nak buat camne, badannya pun kecik je.. nak melawan pun sure kalah la tu..

Aku bukan apa, budak2 biasa la main2, pastu gaduh2.. tapi jangan la sampai tahap yg membahayakan pulak.. ni sampai main2 gunting ni, kat kepala plak tu… camne kalau terkena mata ke, muka ke… ish ish ish.. semoga Allah sentiasa melindungi anak2 aku dari perkara2 yg buruk..

Tahniah Danial & Fati..

Hari ni ikut rombongan Pak Uda aku merisik dan meminang untuk anak bujang no.2nya, Danial… Pagi2 dlm pukul 9 berkumpul dulu kat rumah Pak Uda… sarapan pagi disediakan kekeke.. tapi aku layan minum je sebab dah sarap dulu kat rumah… sambil2 menunggu ahli rombongan semua sampai, aku tembak dulu barang2 hantaran…

Lebihkurang jam 10 baru la semua gerak ke destinasi, Bentong, Pahang… Tak jauh sangat pun Bentong ni, agak2 sejam je dari KL dgn kelajuan biasa (kalau kelajuan Danial, 1/2 jam je kot)… Sampai2 je kat rumah Fati tu pihak sebelah sana dah sedia menunggu dah… Maka bermula la acara merisik dan disusuli terus pertunangan antara Danial & Fati… and keluarga dua2 pihak terus diskas sekali upacara langsungnya nanti yg bakal diadakan tahun depan…

Lepas semua settle, masuk la pulak agenda menjamu selera.. heh heh.. seperti yg dijangka hidangan memang lazat termasuk lah gulai ikan patin dan ulam-ulaman termasuk petai… pastu ada bubur pulut hitam and sesi menjamah durian tembaga… pergh sedap siottt…

Hari ni melepaskan gian kejap menembak jet… Mula2 mcm taknak pi sebab hari mendung and ada renyai2 sket… lagipun byk urusan kat rumah ni pagi2 Sabtu… pi fetch tukang urut, pi pasar tani, pi isi minyak, pi sekolah agama…

Agak berbelah bagi la pulak kan… tapi kamera semua dah standby je dah… kekeke… sekali Azrul (geng setaman) call.. dia mmg dah ada kat sana dah… teracun la pulak kan… So, apalagas kasi rempit la ke Subang…

Last aku pi TUDM Subang tu rasanya dlm 2004 masa tu ada airshow gak yg masa tu team dari France.. this time dari US plak.. Disebabkan dekat 5 tahun dah tak ke situ maka sesat la pulak sampai ke Terminal 3 tu.. jalan punya la jem… masa patah balik tu baru sekerat jalan je show dari thunderbirds ni dah pun start… Apalagas berenti je la tepi jalan tu cari tempat… menembak…

So, terimalah sekeping photo ni utk kawan2 yg tak sempat ke sana ye… kekeke…

Namanya…

Sambil2 transfer photos dari kamera tadi nak siapkan utk upload ke FB, bukak tv ada la citer ni.. Tgk cerita dia berlakon tadi tapi tak abes sebab kena keluar pi kedai plak..

Next Page »

Copyright © 2006-2009 AdunanCahaya. All Rights Reserved.